Thursday 19 April 2012

SULTAN HASANAL BOLKIAH (Sunday)


God Almighty says in the Holy Quran: ‘Say, “Indeed, my prayer, my rites of sacrifice, my living and my dying are for Allah , Lord of the worlds. No partner has He. And this I have been commanded, and I am the first (among you) of the Muslims.” (Firman Allah Taala:“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).” (Surah ‘Al An’aam 6: 162-163)


SULTAN HASANAL BOLKIAH
Assalamu'alaikum wr.wbr.
Sahabat FESBUK YANG SAYA CINTAI,

PADA AHAD yang baik ini saya berdoa utk anda
Semoga Allah SWT selalu menganugerahi kita semua:
Maghfirah,
Hidayah,
Kesehatan,
Kesejahteraan,
Kebahagiaan,
Kemuliaan,
Rezeki tak putus,
Kecerdasan,
Kepeduliaan,
dan Keberuntungan

Ilahi aamiin Ya Kariim
Barakallahu fiikum

Terima Kasih
Mohon maaf lahir bathin
Salam ta'zim




Sultan Sarawak Darul Hana .

Artikel ini bukannya ingin membicarakan tentang Raja-raja Brooke yang pernah memerintah Sarawak, tetapi mengenai Yang Mulia Pengiran (Putera/Tengku) dari Brunei yang pernah menjadi Sultan di Sarawak. Sememangnya sejarah yang diajar di sekolah-sekolah pada hari ini hanya memfokuskan kepada sejarah Rajah Putih Sarawak tanpa langsung menyebut bahawa seorang sultan pernah memerintah negeri tersebut.

Rajah Putih Sarawak dari Dinasti Brooke

Lebih kurang 200 tahun sebelum Dinasti Brooke menjadi Rajah Putih di Sarawak, Sarawak asalnya berada di bawah wilayah kawalan Kesultanan Brunei. Tidak banyak yang diketahui bagaimana Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei pada masa tersebut, tetapi berkemungkinan seorang yang setaraf dengan Gabenor pada hari ini diletakkan di kawasan tersebut. Sarawak pada masa lalu tidaklah seluas seperti pada hari ini, tetapi hanya meliputi lebih kurang sekitar wilayah Kuching dan Santubong sahaja.


Apabila Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni Al 'Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam, Sultan Brunei ke-9 yang memerintah pada tahun 1582 hingga 1598 mangkat, takhta pemerintaha telah jatuh kepada Putera sulungnya yang kemudian bergelar Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil ul 'Akbar ibni Al 'Marhum Sultan Muhammad Hassan. Sultan Abdul Jalilul Akbar mempunyai seorang adinda (adik) bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Tengah.

Menurut sumber lisan, Pengiran Muda Tengah turut berkeinginan untuk menjadi Sultan Brunei. Baginda membantah dengan menyatakan abangnya lahir ketika ayahandanya belum menjadi Putera Mahkota, sedangkan dia lahir ketika Sultan Muhammad Hassan dilantik sebagai Putera Mahkota. Pengiran Muda Tengah berpendapat, baginda lebih layak untuk menjadi Sultan berbanding abangnya.

Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah seorang yang bijak. Dia memahami maksud adindanya itu dan cuba memenuhi keinginan adindanya. Jalan penyelesaian untuk Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah dengan melantik Pengiran Muda Tengah sebagai Sultan di tempat lain.

Dengan itu, Pengiran Muda Tengah telah diangkat sebagai Sultan Sarawak, kerana Sarawak ketika itu merupakan salah satu wilayah Brunei.

Menurut Salsilah Raja-Raja Brunei, Pengiran Muda Tengah berkenan menerima perlantikan tersebut dan baginda membuat persiapan untuk pergi ke Sarawak dengan ditemani oleh lebih daripada 1,000 perwira dari kaum Sakai, Kedayan and Pulau Bunut.

Beberapa golongan bangsawan turut berangkat bersamanya untuk membantu baginda mengurus sebuah negeri baru. Kebanyakan daripada mereka merupakan nenek moyang kepada masyarakat MALA'yu di Sarawak pada hari ini.

Di Sarawak, Sultan baru dan anak buahnya mula membina sebuah istana dan benteng untuk mempertahankan istananya. Sultan Tengah kemudian melantik orang-orang besarnya. Antaranya ialah Patinggi Datuk Seri Setia, Indera Wangsa Shahbandar Datu, Datu Amar Setia Di-raja dan Datuk Temenggong Laila Wangsa.

Setelah semuanya selesai, Sultan Tengah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yang pertama. Menurut Sejarah Sambas, Sultan Tengah juga dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil. Dikatakan pada masa inilah negeri ini digelar sebagai Sarawak Darul Hana.

Sekitar tahun 1599, Sultan Tengah melawat Pahang yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada taklukan Kerajaan Johor, untuk melawat Raja Bonda yang merupakan ibu saudara Sultan Tengah yang telah berkahwin dengan Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Shah ibnu Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah.

Semasa tinggal di sana, lama tinggal, Sultan Tengah telah diminta untuk menari. Tetapi semasa menari, saputangan teman tarian baginda hampir memukul wajah baginda. Baginda menjadi sangat marah hingga menyebabkan baginda menampar pasangannya. Insiden ini menyebabkan Sultan Johor menjadi sangat kecewa dan Sultan Tengah disarankan untuk meninggalkan Johor secepat mungkin.

Menurut versi Sejarah Sambas pula, Sultan Tengah terpaksa meninggalkan Johor kerana ia menolak tawaran Raja Bonda untuk mengahwini puteri Sultan Johor yang dikenali sebagai Encik Zohra. Semasa pelayaran untuk kembali ke Sarawak, kapal Sultan Tengah telah dilanda taufan yang menyebabkannya terkandas di Sukadana (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini).

Sukadana ketika itu diperintah oleh Penambahan Giri Mustika, Sultan Muhammad Saifuddin, yang baru sahaja memeluk Islam dan dibantu oleh Syeikh Syamsuddin dari Mekah. Sultan Tengah turut belajar di bawah Syeikh Syamsuddin selama baginda tinggal di sana. Semasa di Sukadana, Sultan Tengah telah berkahwin dengan salah seorang puteri Sukadana iaitu Puteri Surya Kesuma, yang merupakan adinda Sultan Muhammad Saifuddin.

Sultan Tengah tinggal di Sukadana dan meminta izin untuk membantu menyebarkan ajaran Islam di kawasan tersebut. Diputuskan baginda perlu melaksanakannya di Sungai Sambas. Maka pada sekitar tahun 1600, Sultan Tengah meninggalkan Sukadana melalui Sungai Sambas dengan diiringi 40 buah perahu yang lengkap bersenjata.


Di Sungai Sambas, mereka mendarat di Kuala Bangun dan Puteri Surya Kesuma kemudiannya melahirkan seorang putera bernama Radin Sulaiman. 2 putera lain kemudian turut lahir. Putera yang ke-2 ini dikenali sebagai Pengiran Badaruddin yang kemudiannya bergelar Pengiran Bendahara Seri Maharaja sementara putera yang ke-3, Pengiran Abdul Wahab kemudiannya bergelar Pengiran Temenggong Jaya Kesuma.

Sultan Tengah akhirnya tiba di Pekan Lama. Di sana, baginda disambut oleh pemerintah Pekan Lama, Ratu Sepudak, yang menyambutnya mengikut adat istidat dan protokol Di-raja. Sultan Tengah mendapati Ratu Sepudak mengizinkannya untuk menyebarkan Islam di sekitar kawasan tersebut meskipun Ratu Sepudak bukan seorang Muslim.

Semasa baginda tinggal di sana, putera sulung Sultan Tengah, Radin Sulaiman telah berkahwin dengan puteri Ratu Sepudak bernama Puteri Mas Ayu Bongsu. Pasangan ini mempunyai seorang putera bernama Radin Bima yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Tajuddin.

Ketika Ratu Sepudak mangkat, baginda digantikan oleh Prabu Pengiran Radin Kenchana yang kemudiannya melantik Radin Sulaiman sebagai salah seorang pembesarnya. Dikatakan bahawa Ratu Sepudak mahu menyerahkan takhta kerajaan kepada Sultan Tengah memandangkan baginda mempunyai pengalaman menguruskan negara, tetapi cadangan tersebut telah ditentang oleh keluarga diraja yang lain.

Sekitar tahun 1630, Sultan Tengah pergi ke Matan (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Di Matan, baginda berkahwin dengan salah seorang Puteri Matan yang kemudian melahirkan Pengiran Mangku Negara. Pengiran Mangku Negara kemudiannya menjadi Sultan Matan.

Setelah beberapa tahun tinggal di Matan, Sultan Tengah kembali semula ke Sarawak. Setelah kembali ke Sarawak, baginda berhenti di suatu tempat bernama Batu Buaya, di Santubong. Di sanalah baginda dibunuh oleh salah seorang pengikutnya.

Ketika berita kematiannya tersebar, Datu Patinggi, Datu Shahbandar, Datu Amar dan Datuk Temenggong datang ke Santubong untuk menyelesaikan upacara pengebumian mengikut tradisi Di raja Brunei.

DiNyatakan oleh Almarhum Al ‘Madyan atok lelaki saya dan dari para keluarga saya dari nenek perempuan saya CinaYong yang berasal dari bandung menetap di Santubong yang berkhidmat membersih dan penjaga kepada makam Sultan kami Ahlul ‘bayt, Sultan Tengah, Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak (yang mana hari ini telah ditakbir-urus oleh Negara Brunei Darussalam) bahawa baginda mangkat pada tahun 1641, sekitar 10 tahun selepas anakanda baginda, Radin Sulaiman menjadi Sultan Muhammad Saifuddin I di Sambas. Sultan Tengah dimakamkan di Santubong, iaitu pada hari ini di Kampung Batu Buaya. Makam yang dibina berpadanan untuk menandakan kubur tersebut merupakan makam seorang Sultan.

assalam Allul-bait .



Dengan kemangkatan baginda, Kesultanan Sarawak wujud dan berakhir hanya dengan seorang Sultan sahaja. Tetapi gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan di Sarawak masih kekal hingga ke hari ini.



Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al 'Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melawat makam Sultan Tengah di Santubong pada bulan Ogos 2009

  

Our Responsibility @GOLDMINE 1WORLD Community Should Render Back the trusts to those to Whom they Due: (@18 Group Of people) Poor People, Orphan, Single Mother, Single Father, Student, Low In Come, Jobless, Disable, Patient, Old Citizen, Prisoner, Bankruptcy, FARMER, Fishermen, RICH People, All RACES, All Country And All Government In theWhole WORLD. theWORLD for free! NewWORLDPrinciple:  ASSETProperty "It's NOT For SALE, It's Not For Bought, It's FREE!:  *Free House *Free Car * Free Education: College, University. *Free ELETRICAL GOODs: Air Con, PC Laptops, Home Theatre. *Free FURNITURE: Sofa Set, Bed Set, Sauna Bath, Kitchen Cabinet, Dining Table. *Free Vacation: Travelling Around the WORLD, Holiday, HAJ, UMRAH, NOW EveryONE CAN Fly, Hotels. *Free Life Insurance: (Free Hospital Fund, Free Funeral Fund, Free Death Fund, Free Pension Fund).


SOLUTION: *Poverty Killer *Recession Killer  *Global Peace 
Be the First! JOIN 1WORLDCommunityForYOURCountry
Remember: 'U' Do Not Ask WHY 'U' Ask Why Not'

Tuesday 24 January 2012

WORLD FAMOUS 2012 CLOCK STOPS! MAYAN PROPHECY?


God Almighty says in the Holy Quran: ‘Say, "Indeed, my prayer, my rites of sacrifice, my living and my dying are for Allah , Lord of the worlds. No partner has He. And this I have been commanded, and I am the first (among you) of the Muslims.’ (Surah 6 ‘Al-An’aam: verse 162-163) (Firman Allah Taala: "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah 6 ‘Al-An’aam:162-163)


In ISLAM We Call the End Of the HISTORY 

Not END Of the WORLD!!!


Surah 55 Ar-Rahman (The Beneficent)

Firman Allah Ta'ala:  (55:1) (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.  (55:2) Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. (55:3) Dia lah yang telah menciptakan manusia; - (55:3) 55:4 Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (55:5) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (55:6) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (55:7) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, (55:8) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; (55:9) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (55:10) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: (55:11) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; (55:12) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; (55:13) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (55:14) Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, (55:15) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; (55:16) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:17) (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (55:18) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:19) Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; (55:20) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; (55:21) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:22) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; (55:23) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:24) Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; (55:25) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:26) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: (55:27) Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: (55:28) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:29) Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (55:30) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? (55:31) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (55:32) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:33) Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (55:34) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(55:35) Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

(55:36) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(55:37) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

(55:38) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:39) Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); (55:40) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:41) Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka); (55:42) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:43) (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya". (55:44) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (55:45) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:46) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - (55:47) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:48)  (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - (55:49) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:50) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - (55:51) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (55:52) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (55:53) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:54) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (55:55) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:56) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; (55:57) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:58) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (55:59) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:60) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? (55:61) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:62) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); (55:63) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:64) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; (55:65) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:66) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: (55:67) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:68) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, (55:69) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:70) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; (55:71) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:72) Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; (55:73) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:74) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; (55:75) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:76) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (55:77) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:78) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Surah 69 Al Haqqah (The Reality)

Firman Allah Taala: (69:1) Saat yang tetap berlaku itu - (69:2) Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (69:3) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat). (69:4) Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (69:5) Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya. (69:6) Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, - (69:7) Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. (69:8) Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? (69:9) Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah. (69:10) Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah. (69:11) Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya). (69:12) (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran. (69:13) Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, - (69:14) Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - (69:15) Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - (69:16) Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh), (69:17) Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. (69:18) Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi. (69:19) Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! (69:20) "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!" (69:21) Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, - (69:22) Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), - (69:23) Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (69:24) (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!" (69:25) Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, - (69:26) "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. (69:27) "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); - (69:28) "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; - (69:29) Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku". (69:30)  (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, - (69:31) "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; - (69:32) "Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! (69:33) "Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar, (69:34) "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (69:35) "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), - (69:36) "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur, (69:37) "Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah". (69:38) Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, - (69:39) Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, - (69:40) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. (69:41) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. (69:42) Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (69:43) (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (69:44) Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, - (69:45) Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, - (69:46) Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); (69:47) Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. (69:48) Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa. (69:49) Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya). (69:50) Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan). (69:51) Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya). (69:52) Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.


Surah 75 Al Qiyamah (The Resurrection)

Firman Allah Taala: (75:1) Aku bersumpah dengan Hari Kiamat; (75:2) Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (75:3) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (75:4) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (75:5) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat). (75:6) Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" (75:7) Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (75:8) Dan bulan hilang cahayanya, (75:9) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (75:10) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?" (75:11) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (75:12) Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (75:13) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (75:14) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (75:15) Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (75:16) Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (75:17) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (75:18) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (75:19) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (75:20) Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (75:21) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (75:22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (75:23) Melihat kepada Tuhannya. (75:24) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (75:25) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (75:26) Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (75:27) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?" (75:28) Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (75:29) Serta kedahsyatan bertindih-tindih; (75:30) (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan). (75:31) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)! (75:32) Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar! (75:33) Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (75:34) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (75:35) Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (75:36) Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (75:37) Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (75:38) Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (75:39) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. (75:40) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

WalkIN thru: ×¢× ×™ ×‘ן ×œ×™×œ×” 'errors human Hand Disaster'


1WORLDCommunity//Category: Declaration

P.S. -- Reminder . . . 


'Poor OverNight' Can happen to AnyOne 
AnyWhere AnyTIME!!!


×¢× ×™ ×‘ן ×œ×™×œ×”  'errors human Hand Disaster,


Let us go through what happened in 2004 - 2011 to remember the many blessings of Allah Almighty; He is indeed the Forgiving of our sins, . . .


Our Responsibility @GOLDMINE 1WORLD Community Should Render Back the trusts to those to Whom they Due: (@18 Group Of people) Poor People, Orphan, Single Mother, Single Father, Student, Low In Come, Jobless, Disable, Patient, Old Citizen, Prisoner, Bankruptcy, FARMER, Fishermen, RICH People, All RACES, All Country And All Government In theWhole WORLD. theWORLD for free! New WORLD Principle:  ASSETProperty "It's NOT For SALE, It's Not For Bought, It's FREE!:  *Free House *Free Car * Free Education: College, University. *Free ELETRICAL GOODs: Air Con, PC Laptops, Home Theatre. *Free FURNITURE: Sofa Set, Bed Set, Sauna Bath, Kitchen Cabinet, Dining Table. *Free Vacation: Travelling Around the WORLD, Holiday, HAJ, UMRAH, NOW EveryONE CAN Fly, Hotels. *Free Life Insurance: (Free Hospital Fund, Free Funeral Fund, Free Death Fund, Free Pension Fund).


SOLUTION: *Poverty Killer *Recession Killer  *Global Peace 
Be the First! JOIN 1WORLDCommunityForYOURCountry
Remember: 'U' Do Not Ask WHY 'U' Ask Why Not'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...